Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Showing posts with label Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Show all posts
Showing posts with label Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

Malam Alumni INSEP UTHM (Bahagian 1)

Pada 9.04.2011 yang lepas bersamaan dengan hari sabtu, telah diadakan Malam Alumni INSEP UTHM. Majlis tersebut diadakan di Avallion Legacy Hotel Melaka yang dihadiri oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Noh b. Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada majlis ini Dato' NC telahpun merasmikan ALUMNI INSEP UTHM dengan gimik pemotongan kek. Disini saya sertakan gambar-gambar kenangan semasa di majlis tersebut.

Betolak ke Avillion Legacy Hotel, Melaka.

Bersama wakil PRO, En. Rasyid

Gambar kenangan bersama Usher dan wakil dari PRO

Ketibaan VVIP, Prof. Jailani dan Isteri

Ketibaan VVIP, Prof. Amir Hashim

Ketibaan VVIP, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin

Gimik permulaan makan

Masa untuk makan.. Selamat menjamu selera

PM Dr. Berhanuddin, Prof. Amir dan Prof. Jailani

Gambar2 lain akan dipostkan dalam entri yang lain, skrg ni saya berada di kelas.. so, nk start kelas dah kan. Terpaksa la tutup lappy nie. Heeee...

Thursday, April 7, 2011

Sehari Suntuk..

Peh!
Serious, penat gilee hari nie. Dari 8pg ke Universiti sampai kul 11mlm br ada dkt rumah. Pagi Interviewing Skill then kul 5 lak kelas sampai kul 7pm. Kemudian 8pm sumbang pulak sampai kul 11pm...

So, sekarang ni saya dah P.E.N.A.T.... hahha... K sume, Gud nite... Have a nice dream. :)

Saturday, April 2, 2011

Kepenatan...

Salam,
Terasa kepenatannya hari ni. Hari terbuka Insep Fasa 2/2010 telahpun berlangsung pada hari ini di Square One, Batu Pahat, Johor. Dimana hari ini banyak aktiviti dijalankan, diantaranya pertandingan menimbang bola, mereka bentuk pakaian tradisional dan Tower Building. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah pertunjukan seni pertahanan diri oleh Silat Cekak, Taekwondo dan Tarian Zapin.

Hari Terbuka Insep Fasa 2/2010


Pagi nie bersamaan 2 April 2011 akan diadakan Hari Terbuka Insep Fasa 2/2010... Program tersebut akan diadakan di Pusat Membelibelah Square One, Batu Pahat, Johor Daruk Takzim. Mengharapkan sokongan dari warga Universiti dan rakyat2 Batu Pahat supaya dapat memeriahkan majlis pada pagi ini.

Semua rakyat dijemput hadir ke majlis tersebut. Terutamanya orang2 Batu Pahat. Bawalah anak2 kerana kami ada membuat pertandingan untuk kanak2.

Sekian, Jumpa disana... disana.... disana...

Majlis Malam Alumni Insep 2011

Saudara/Saudari

Peserta INSEP Fasa 2 2010/2011 menganjurkan Majlis Malam Reunion INSEP UTHM dengan objektif utama untuk mengumpul kesemua bekas-bekas keluaran INSEP UTHM pada satu malam yang meriah.


Tarikh: 9hb April 2011
Tempat: Avillion Legcy Melaka
Waktu Pendaftaran Masuk: 7pm - 8pm
Pembayaran: RM 65/-
Acc No: 101142932768 (maybank)
Pemegang Acc: Mdm Siti Noor Fazelah Mohd Noor
Tema: DOWN MEMORY LANE -(RETRO)

Sebarang pertanyaan atau sebarang kemuskilan boleh terus diajukan kepada:
  • Mdm Siti Noor Fazelah Mohd Noor (Penasihat Projek) - 074538384 , 0197184088 , 0177540511
  • Uthman Abd. Razak (Pengarah Projek) - 0136528327
  • Nurul Helwa Zakaria (Penolong Pengarah) - 0136283669
  • Mohd Hafiz (AJK x-insep) - 074538165 , 0132222709
  • Muhammad Hadi (AJK x-insep) - 0129690836 , 0197695517

Semoga dengan perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi ikatan setiap pelajar INSEP UTHM dan dapat memperlihatkan keberkesanan dan kejayaan anak didik keluaran INSEP UTHM. Semoga saudara/saudari dapat menghebahkan berita ini kepada rakan taulan yang seiring. Disini juga saya kepilkan serba sedikit perjalanan sepanjang acara berlangsung. Dan diharap kerjasama dari pihak saudara/saudari untuk memeriahkan majlis yang julung kali diadakan.

Sekian.

Tuesday, March 29, 2011

Meeting oh meeting...

Penat giler r ari nie. Lepas satu meeting kne gi satu meeting lagi yang melibatkan fakulti. Badan nie dah terasa kebas2 dah nie. hehhe..

papepun nie la keje kene buat ble org dah pecaya kat kita kan. So kawan2 bila org dah percaya n mengharapkan kita buat lah yg terbaik yer. Semoga kerja kita diredhai ALLAH SWT. Insyallah.

Balik nie nk pergi makan terus... Mkan kat ne yer Parit Raja nie?? Sofialah... kene nsi goreng kerabu dlu.. Nak join datanglah SOFIA.

Hahahah.. Promote lak! bye..

Monday, March 28, 2011

Kembali ke Parit Raja

Alhamdulillah...
Selepas hampir 3 hari di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Bharu akhirnya sampai di Parit Raja, Johor. Bertolak pada 25/03/11 jam 12am.. Sampai di perhentian Sg. Buloh pada pukul 5am untuk bersiap ke Pusat Latihan Bomba. 6.30am bertolak ke PLB dan sampai dalam pukul 7.45am. Seterusnya ditempatkan di tempat penginapan dah cam hotel dah tgk. Satu bilik 2 org, dilengkapi dengan TV, Aircond, Kipas dan kemudahan2 asas yang lain. Aktiviti mmg banyak dilakukan, sangat bagus bg mana2 organisasi yang ingin mengetahui bagaimana bomba bekerja. Perbagai latihan akan diberikan.


Hope kawan2 dapt pergi Pusat Latihan Bomba untuk menimba pengalaman cara Bomba berkerja dan disamping itu mendapat ilmu tentang bagaimana tindakan kita semasa berlaku kebakaran. Saya sarankan kepada pembaca entri ini dapat melakukan latihan tersebut. Insyallah...

Nantikan entri seterusnya iaitu gambar2 aktiviti yang telah dilakukan. Pastinya anda tetawan dengan latihan yang dibuat. Heheee.. Tunggguuuu.... hehe..

Sunday, March 20, 2011

UTHM vs PKB

Petang semalam berlangsungnya perlawanan Piala IPT diantara UTHM vs Politeknik Kota Bharu. Stadium UTHM dipenuhi peminat2 bola sepak yg terdiri daripada pelajar2 UTHM sendiri. Didalam perlawanan tersebut dilihat sgt seimbang diantara kedua2 pasukan. Percubaan demi percubaan dibuat dr kedua2 pasukan tetapi buntu mencari jaringan gol.

Akhirnya, Kedua2 pasukan akur dengan keputusan iaitu UTHM 0-0 PKB...

Tahniah kepada pasukan UTHM kerana menunjukkn semangat kesukanan yang tinggi. Teruskan usaha anda untuk mencapai satu peringkat yg boleh dibanggakan. Insyallah.



Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan


*teringin rasanya berada didalam skuad balik, tapi apakan daya bukan lagi student UTHM....

Sunday, February 13, 2011

Penat.......

Jam dah pun menunjukkan pukul 2.44 a.m.... mata pun dah mula mengecil, so pe langkah yang perlu diambil??

hahahah... TIDO LA... pe lagi kn... hehe..
k see u all 2morrow k...
nak tdo jap...
sok nak sambung lagi assignment yang mana yang x wat lagi..

k lah sume... U tido dlu yer...
Zzzzzzz.....

p/s : X lupa juga kepada R... Gud nite syg... have a nice dream... insyallah..

Assignment oh Assignment....

Salam,

Selamat malam sume... hehe..

Penatnye pale nie memikirkn tajuk assignment kali nie.. nie pun U dah nk tdo dah pasal x de idea la malam nie nk wat assignment nie... hehehe... korang nk tau kn soalannye, ok2.. U bgtau k.. kalau korang ade idea bg2 la kat U yer... hehhe..

Soalannye berbunyi cam nie :

"Occupational Safety and Health Management System (OSHMS) as the method to achieve the objective of safe work environment in Mechanical and Electrical"

so, pe yang U perlu buat ialah mengaitkan antara OSHMS ngn Mechanical and Electrical dalam mendapatkan objektif Mechanical and Electrical tersebut.... HUHUHU!...



Friday, December 3, 2010

Nasib Hari Ini...

Pagi2 lg si khairy (Roomate U), dah kejot mintak teman die g Bukit Pasir, Batu Pahat. Die nak gi Celcom Centre, ada la halnya tu. U pun x de wat pe terus bgn mandi, then terus ke Bt Pahat. Nasib baik hari nie Celcom Centre ade wat roadshow pasal broadband. So, lagi memudahkn si khairy nie nk wat line broadband dia. Tak de la kne tggu lama dlm centre tu.. hahhaa.. Lepas selesai tu, U ajar Khairy g mkn McD... hahha... Lama x pekena kn..


Ha..! nie lah die McD yang U mkn ngn Khairy tu... Ala.. Mkn Big Mac set jer.. Nyam2.. Pastu, ha nie lah nk cita nie. Bermula kisah malang untuk hari nie. Lepas mkn terus direct ke Parit Raja, seronok punya pasal ats moto tetiba Khairy tegur.. "Man aku rasa tayar pancit nie". U pun tgk la tayar mak eh! dah kempis.. haha.. Nasib dah sampai dpn UTHM.


~ Time2 nie lah nk bocor.. Hahaha.. ~


Langsung duduk pkr nk g kedai mana, then U wat keputusan lepak kat UTHM then si Khairy gi tukar tube. Memang lama la kn tggu, sempat U gi Pusat Sukan UTHM beborak ngan En. Jas. Menemuramah En.Jas tentang masa depan sukan di UTHM..( Peh! poyo gler ayatkn..).


~ Tengah panas, mke 10sen dh kuar dah.. hahha ~


~ U pun mental dah crack, pasal pkr pas nie rushing nk balik nk g solat jumaat lak jam dah pukul 12.45pm ~

Lepas selesai semua, U pun balik.. Tp U tgglkan Khairy kat UTHM.. hahhaa.. Eh! xde la U jahat cam tu, cume U tgglkan Khairy pasal die nk jumpa lecturer kat UTHM.. Pastu die blk umah ngn classmate die. Baik x U, baikkn... Penyabar lg... Hahaha... Hati senang dapat sampai umah tepat pada waktunya, terus siap2 gi Solat Jumaat.. Happy tp malang ari nie.. huuhuhu...

Sekian, Salam.....


Tuesday, November 9, 2010

Selamat Pagi..

Salam sume...

Pagi nie U nk msk dalam (Universiti)...
U nak siapkan projek yg bermasalah tu..
Pening pale dibuatnya... adoi..
Doakan projek U bejalan lancar yerr..
Love u all.... hehehe..


Lapar la plak perut nie, dah bunyi2 dah... ermmm..
Oklah...
Salam sume... Moga Allah permudahkan urusan kalian pada hari ini..


Thursday, November 4, 2010

Yahoo...

Salam,

So, ari nie U nk tunjuk hasil projek R seperti yg U janjikan kat korang.
Suke sgt tgk R gembira projek die jln dengan lancar.

Jom kt tgk video projek R tu k.. :



~Terbaeklh... Hahaha.. U yg excited lebih nie npe.. hihi.. ~


So, Now durian boleh dibuka dengan mudah..
Nie adalah antara hasilnye... Great Job R, U ucapkan...






Dan nie pulak lukisan mengunakan perisian Solidwork untuk projek ini..





*U punya projek per cer?? Urm x 100% siap lg.. ade lg bocor2 plak.. ahaha..


Sunday, October 31, 2010

Ceramah...

Salam
bangun je pagi nie dah kne dgr ceramah dr khairy... hahha..
tp x pe.. kite nie ngn kawan2 kne la amik tau..
merapatkan silaturahim antara islam kn elok...

R nk blk ari nie blk parit raja.. yeye.. saat yg ditunggu2.. haha..
petang kang br die smpi parit raja..
hurm.. nk wat pe yer..
ingt ari nie nk siapkan design projeklh...



Ade part2 yg belom disiapkan so, xleh nk assembly yg ln lg.. hihi
mintak dapat siapkan sblm selasa nie...

Tuesday, June 8, 2010

UTHM Naib Juara

Baru2 nie ade kejohanan Football Masum Cup yang dianjurkan di UiTM Seri Iskandar,Perak. Kejohanan ini adalah kejohanan kalah mati dimana mempunyai 2 kumpulan iaitu Winner Pool dan Loser Pool. So, dalam kejohanan ini Johan Winner Pool ialah UiTM dan naib johannya ialah UIA. Pada kumpulan Loser Pool lak johan ialah UPSI dan naib johan ialah UTHM. Pada mulanya kami pergi tanpa target apa2 tetapi semasa disana semua pemain mula menunjukkn semangat masing2 untuk cube masuk dalam kelompok winner pool tetapi kecewa apabila kalah pada pelawanan pertama dengan UPM dengan jaringan UTHM 0-1 UPM. Kekecewaan xlah dirasai sgt, apabila semua pemain menanamkan semangat untuk menjuarai kelompok loser pool dan sekurang2nya membawa balik pingat. Akhirnya berkat semangat pemain yang x bebelah bg kami dapat jua membawa pingat blk ke UTHM. So, target lepas nie adalah Grand Final, liga IPT. Hope semua warga UTHM ataupun peminat2..hehhe.. dapat mendoakan kejayaan kepada pasukan bolasepak UTHM. Majulah sukan untuk negara. Inshallah..

Diantara kenangan di UiTM Perak :-



Selepas perlawan persahabatan yang berkesudahan
dengan UTHM 2-1 PUO



Muscle Treatment kat Ulu Chepor.. Sungai da..!! hehe.



Hehe.. Time 4 dinner..



Perlawanan Pertama
UTHM 0-1 UPM



haha.. nk g mkn KFC.. huhu..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.