Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Saturday, April 16, 2011

Berakhir Sudah...

Salam semua,

Mulai hari ini berakhirlah sudah kelas teori untuk kos Occupational Safety and Health fasa 2/2010. Pada isnin ini, kesemua pelajar OSH akan memulakan praktikal mereka di tempat masing-masing. Semoga happy2 selalu la yer. Ade masa nanti kt jumpa or buat gathering yer.. hehhe...

Disini saya bg pihak pelajar2 EDOSH UTHM fasa 2/2010 ingin mengucapkan setinggi2 perhargaan kepada Borderless Resources Sdn Bhd diatas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan dengan menyediakan pengajar2 yang berpengalaman dalam bidang Occupational Safety and Health ini. Perhargaan juga wajar diberikan kepada koordinator kami, Majer (B) Khairul Azhar Saidon yang banyak memberi tunjuk ajar dalam merialisasikan cita-cita setiap pelajar EDOSH. Perhargaan juga diberikan kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar kami dalm EDOSH ini. Diantaranya ialah :
  1. En. Razali Mamat
  2. Majer (B) Hamzah Md Lazim
  3. Kapten (B) Adam Marsidi
  4. Pn. Rozaida Zainudin
  5. Dr. Siow Ta Wee
  6. En. Zamree
  7. Madam Fazelah
Terima kasih semua. Semoga ALLAH membalas segala pengorbanan anda semua. HALAL kn segala ilmu yang dicurahkan.


.: JASAMU DIKENANG :.

Thursday, April 14, 2011

Presentation..

Adoii... ngantok giler tunggu turn nk present ni..
awal dah datang tp dapat angka giliran akhir skali. Orang yg ke 25 dari 28 org... Nangis2x!.. hehhe xpelah, ari nie pun ari happy ak kan so x yah nk masam2 muka... tenang jer kn.. hehe


Lama giler ar.. adoi, penat dah nie!!


Happy Anniversary

Assalamualaikum...

Alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT diatas kurnianya ak masih dapat pertahankan hubungan ini, semoga hubungan ini diredhai ALLAH SWT dan semoga bekekalan... AMin...



Pagi yang indah... yahoo!!

Salam
apa kabar sume.. ehhe...

Pagi nie sy ade presentation, untuk preparation ujian dengan NIOSH. Semalam satu hari exam, sampai muntah2... hehehe..

Yang paling best hari nie, hari nie genap setahun saya besama ngan NR... heheh.. Yahoo!!

papepun, saya nak ucapkan ungkapan SAYANG KAT AWAK SANGAT2 kat NR. Dialah seorang yang sabar dengan perangai saya, dia jugak la teman yang setia dan pendengar yang setia untuk saya berkongsi apa2... Tq NR... I will always with u syg..



*hope sape yang bace entri nie jgn ckp ak gedik lak ek.. Ini just ucapan tanda perhargaan kat NR yang sentiasa ngan saya.. TQ sume...

Tuesday, April 12, 2011

Malam Alumni INSEP UTHM (Bahagian 1)

Pada 9.04.2011 yang lepas bersamaan dengan hari sabtu, telah diadakan Malam Alumni INSEP UTHM. Majlis tersebut diadakan di Avallion Legacy Hotel Melaka yang dihadiri oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Noh b. Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada majlis ini Dato' NC telahpun merasmikan ALUMNI INSEP UTHM dengan gimik pemotongan kek. Disini saya sertakan gambar-gambar kenangan semasa di majlis tersebut.

Betolak ke Avillion Legacy Hotel, Melaka.

Bersama wakil PRO, En. Rasyid

Gambar kenangan bersama Usher dan wakil dari PRO

Ketibaan VVIP, Prof. Jailani dan Isteri

Ketibaan VVIP, Prof. Amir Hashim

Ketibaan VVIP, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin

Gimik permulaan makan

Masa untuk makan.. Selamat menjamu selera

PM Dr. Berhanuddin, Prof. Amir dan Prof. Jailani

Gambar2 lain akan dipostkan dalam entri yang lain, skrg ni saya berada di kelas.. so, nk start kelas dah kan. Terpaksa la tutup lappy nie. Heeee...

Monday, April 11, 2011

Tugasan Subjek Pengenalan Sistem Pengurusan Persekitaran

Tugasan Dr. Ta Wee,

  1. Ambil dasar alam sekitar bagi sesebuah syarikat (mempunyai ISO 14001:2004) dan bincangan kehendaknya dalam MS ISO 14001:2004.
  2. Bincangkan program alam sekitar di syarikat (mempunyai ISO 14001) tersebut bagi mencapai kehendak dalam MS ISO 14001:2004.
Email : tawee@uthm.edu.my
FB id : Seow Tawee

Thursday, April 7, 2011

Tensionnya hari nie...

Salam semua....
Hari nie adalah hari paling tension dalam hidup ak. Sabtu ini kami akan mengadakan Malam Alumni INSEP UTHM 2011. Tapi apa yang terjadi, segala perancangan diganggu dengan berlakunya kesalahan dalam membuat banner, buku program dan sijil penyertaan. Beberapa kesalahan telah berlaku dalam membuat banner dan sebagainya kerana tidak mengikut speksifikasi pihak PRO. So, jawapannya di REJECT la td....

Adoi, pedihnya rasa bila kne reject. Cube pikir kalau korang nk mintak couple dengan sorang pompuan nie, tetiba dia reject.. Peh! pedih kot.. hehe.. ha! hal tu la jadi kat aku sekarang nie, lagi terok dari yang dijangka. Turun naik ke pejabat PRO, kene "ceramah" skit. Best!!!.. hahah..

Tapi, bila ak pkr2 balik bgs gak kene tegur dan sebagainya. At least, lepas nie klau nak ajak NC or TNC datang tahu la ak pe yang berlu dilakukan. K lah

Sehari Suntuk..

Peh!
Serious, penat gilee hari nie. Dari 8pg ke Universiti sampai kul 11mlm br ada dkt rumah. Pagi Interviewing Skill then kul 5 lak kelas sampai kul 7pm. Kemudian 8pm sumbang pulak sampai kul 11pm...

So, sekarang ni saya dah P.E.N.A.T.... hahha... K sume, Gud nite... Have a nice dream. :)

Saturday, April 2, 2011

Kepenatan...

Salam,
Terasa kepenatannya hari ni. Hari terbuka Insep Fasa 2/2010 telahpun berlangsung pada hari ini di Square One, Batu Pahat, Johor. Dimana hari ini banyak aktiviti dijalankan, diantaranya pertandingan menimbang bola, mereka bentuk pakaian tradisional dan Tower Building. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah pertunjukan seni pertahanan diri oleh Silat Cekak, Taekwondo dan Tarian Zapin.

Hari Terbuka Insep Fasa 2/2010


Pagi nie bersamaan 2 April 2011 akan diadakan Hari Terbuka Insep Fasa 2/2010... Program tersebut akan diadakan di Pusat Membelibelah Square One, Batu Pahat, Johor Daruk Takzim. Mengharapkan sokongan dari warga Universiti dan rakyat2 Batu Pahat supaya dapat memeriahkan majlis pada pagi ini.

Semua rakyat dijemput hadir ke majlis tersebut. Terutamanya orang2 Batu Pahat. Bawalah anak2 kerana kami ada membuat pertandingan untuk kanak2.

Sekian, Jumpa disana... disana.... disana...

Majlis Malam Alumni Insep 2011

Saudara/Saudari

Peserta INSEP Fasa 2 2010/2011 menganjurkan Majlis Malam Reunion INSEP UTHM dengan objektif utama untuk mengumpul kesemua bekas-bekas keluaran INSEP UTHM pada satu malam yang meriah.


Tarikh: 9hb April 2011
Tempat: Avillion Legcy Melaka
Waktu Pendaftaran Masuk: 7pm - 8pm
Pembayaran: RM 65/-
Acc No: 101142932768 (maybank)
Pemegang Acc: Mdm Siti Noor Fazelah Mohd Noor
Tema: DOWN MEMORY LANE -(RETRO)

Sebarang pertanyaan atau sebarang kemuskilan boleh terus diajukan kepada:
  • Mdm Siti Noor Fazelah Mohd Noor (Penasihat Projek) - 074538384 , 0197184088 , 0177540511
  • Uthman Abd. Razak (Pengarah Projek) - 0136528327
  • Nurul Helwa Zakaria (Penolong Pengarah) - 0136283669
  • Mohd Hafiz (AJK x-insep) - 074538165 , 0132222709
  • Muhammad Hadi (AJK x-insep) - 0129690836 , 0197695517

Semoga dengan perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi ikatan setiap pelajar INSEP UTHM dan dapat memperlihatkan keberkesanan dan kejayaan anak didik keluaran INSEP UTHM. Semoga saudara/saudari dapat menghebahkan berita ini kepada rakan taulan yang seiring. Disini juga saya kepilkan serba sedikit perjalanan sepanjang acara berlangsung. Dan diharap kerjasama dari pihak saudara/saudari untuk memeriahkan majlis yang julung kali diadakan.

Sekian.

Friday, April 1, 2011

Khusus Jangka Pendek

Salam semua,

seperti yang saya bgtau dalam etri sebelum nie, sy akan masukkn gambar semasa melakukan lawatan ke Pusat Latihan Bomba, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Disini sy letakkan beberapa gmbar sepanjang aktiviti tersebut berjalan.


Saya bersama Madam Fazelah


D3100 hehhe..


Baru pas bersiap di R&R Sungai Buloh


Majer (B) Khairul dan kuncu-kuncunya


Dah sampai ke tmpt kediaman


Chill... Kat lobby


Toolbox dulu sebelum pape aktiviti


Anggota penyelamat dari UTHM.. hehhee


Latihan menyelamat di kawasan gelap- "Comfine Space"


bersambung.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.