Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Thursday, December 23, 2010

X ngantok2x...

Nape x leh nak tido lagi nie...
aktiviti esok U :-
  • Perjumpaan semua ahli OSH INSEP UTHM 2/2010.
K lah. U nk cube pakse tido nie... haha...
Good night semua..
Semoga hari ini lebih baik dari semalam... Insyallah...

Wednesday, December 15, 2010

Cintaku

~Coretan~

Bila cinta adalah nafas
Aku ingin hidup seabad
Bila cinta adalah keindahan
Aku ingin selalu memandangmu
Bila cinta adalah luka
Aku tidak pernah peduli betapa sakitnya
Aku ingin terus mencintaimu
Tak pernah peduli seberapapun pahitnya
Bila cinta adalah airmata
Aku akan tetap tersenyum
Agar kamu tahu
Aku begitu tulus MENYAYANGI & MENCINTAIMU....

Sunday, December 5, 2010

Malaysia 0-0 Thailand

Salam. Perlawanan semalam byk berpihak pada pasukan Thailand. Banyak percubaan yg dilakukan, tp mungkin penjaga gol Malaysia sentiasa dalam keadaan yang bersedia. Dengan itu, kebanyakkan percubaan yg dilakukan oleh pasukan Thailand dapat dipatahkan. Pada pandangan U, bahagian pertahanan tiada keserasian antara mereka. Dapat kita lihat pasukan Thailand dapat masuk dengan mudah ke dalam petak penalti. So, harapan U perlawanan antara Malaysia dan Laos pada selasa ini adalah pelawanan yang tarbaik diantara ketiga2 perlawanan ini. Hope Malaysia dapat memperbaiki kelemahan yg ada. Pasukan Malaysia mula menampakkan gerakan selepas kemasukan Mohd Khyril Muhymeen dan juga gerakan menarik dari Norshahrul Idlan Talaha. Ini bermakna pasukan masih boleh memberi tentangan. Mintak Rajagopal dapat menurunkan kesebelasan utama yg tarbaik untuk perlawanan antara Malaysia vs Loas pada selasa ini jam 8.30pm waktu Malaysia.

Friday, December 3, 2010

Nasib Hari Ini...

Pagi2 lg si khairy (Roomate U), dah kejot mintak teman die g Bukit Pasir, Batu Pahat. Die nak gi Celcom Centre, ada la halnya tu. U pun x de wat pe terus bgn mandi, then terus ke Bt Pahat. Nasib baik hari nie Celcom Centre ade wat roadshow pasal broadband. So, lagi memudahkn si khairy nie nk wat line broadband dia. Tak de la kne tggu lama dlm centre tu.. hahhaa.. Lepas selesai tu, U ajar Khairy g mkn McD... hahha... Lama x pekena kn..


Ha..! nie lah die McD yang U mkn ngn Khairy tu... Ala.. Mkn Big Mac set jer.. Nyam2.. Pastu, ha nie lah nk cita nie. Bermula kisah malang untuk hari nie. Lepas mkn terus direct ke Parit Raja, seronok punya pasal ats moto tetiba Khairy tegur.. "Man aku rasa tayar pancit nie". U pun tgk la tayar mak eh! dah kempis.. haha.. Nasib dah sampai dpn UTHM.


~ Time2 nie lah nk bocor.. Hahaha.. ~


Langsung duduk pkr nk g kedai mana, then U wat keputusan lepak kat UTHM then si Khairy gi tukar tube. Memang lama la kn tggu, sempat U gi Pusat Sukan UTHM beborak ngan En. Jas. Menemuramah En.Jas tentang masa depan sukan di UTHM..( Peh! poyo gler ayatkn..).


~ Tengah panas, mke 10sen dh kuar dah.. hahha ~


~ U pun mental dah crack, pasal pkr pas nie rushing nk balik nk g solat jumaat lak jam dah pukul 12.45pm ~

Lepas selesai semua, U pun balik.. Tp U tgglkan Khairy kat UTHM.. hahhaa.. Eh! xde la U jahat cam tu, cume U tgglkan Khairy pasal die nk jumpa lecturer kat UTHM.. Pastu die blk umah ngn classmate die. Baik x U, baikkn... Penyabar lg... Hahaha... Hati senang dapat sampai umah tepat pada waktunya, terus siap2 gi Solat Jumaat.. Happy tp malang ari nie.. huuhuhu...

Sekian, Salam.....


Thursday, December 2, 2010

Kekalahan 5-1 terhadap Indonesia

Salam dan selamat sejahtera kpd semua penyokong bolasepak Malaysia. Malam semalam kita saksikan kekalahan pasukan Malaysia dengan jaringan yg agak memalukan iaitu 1-5 dengan Indonesia. Adakah kekalahan ini telah pun dijangka??.. U berharap agar semua penyokong dapat terus menyokong bolasepak Malaysia kerana bg U kekalahan ini sememangnya sudah dijangka kerana Malaysia tiada pemain simpanan yg boleh dilabelkan sebagai "Super Sub" untuk mengantikan pemain kesebelahan utama asal yg mengalami kecederaan. U yakin, kalau squad Malaysia dapat menurunkan pemain asal semmgnya dpt menandingi kekuatan Indonesia.







Harapan U moga pasukan Malaysia dpt bermain dengan lebih baik dalam pelawanan Piala AFF menentang Thailand pada sabtu ini. Mari kita beramai2 mendoakan kejayaan squad Malaysia. Insyallah...


*lawa plak jersi Malaysia nie.. Blk nie cari satu ler.. haha.. R nk gak ker?? hehe..

Wednesday, December 1, 2010

Berita Terbaru... Al- Fatihah


Salam
Al-Fatihah...
lebih kurang pukul 2pg ini
Atok R, Hj Adon Md Nor sudah pun kembali ke rahmatullah
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkn dikalangan orang2 yang beriman
Insyallah



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.