Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Friday, December 3, 2010

Nasib Hari Ini...

Pagi2 lg si khairy (Roomate U), dah kejot mintak teman die g Bukit Pasir, Batu Pahat. Die nak gi Celcom Centre, ada la halnya tu. U pun x de wat pe terus bgn mandi, then terus ke Bt Pahat. Nasib baik hari nie Celcom Centre ade wat roadshow pasal broadband. So, lagi memudahkn si khairy nie nk wat line broadband dia. Tak de la kne tggu lama dlm centre tu.. hahhaa.. Lepas selesai tu, U ajar Khairy g mkn McD... hahha... Lama x pekena kn..


Ha..! nie lah die McD yang U mkn ngn Khairy tu... Ala.. Mkn Big Mac set jer.. Nyam2.. Pastu, ha nie lah nk cita nie. Bermula kisah malang untuk hari nie. Lepas mkn terus direct ke Parit Raja, seronok punya pasal ats moto tetiba Khairy tegur.. "Man aku rasa tayar pancit nie". U pun tgk la tayar mak eh! dah kempis.. haha.. Nasib dah sampai dpn UTHM.


~ Time2 nie lah nk bocor.. Hahaha.. ~


Langsung duduk pkr nk g kedai mana, then U wat keputusan lepak kat UTHM then si Khairy gi tukar tube. Memang lama la kn tggu, sempat U gi Pusat Sukan UTHM beborak ngan En. Jas. Menemuramah En.Jas tentang masa depan sukan di UTHM..( Peh! poyo gler ayatkn..).


~ Tengah panas, mke 10sen dh kuar dah.. hahha ~


~ U pun mental dah crack, pasal pkr pas nie rushing nk balik nk g solat jumaat lak jam dah pukul 12.45pm ~

Lepas selesai semua, U pun balik.. Tp U tgglkan Khairy kat UTHM.. hahhaa.. Eh! xde la U jahat cam tu, cume U tgglkan Khairy pasal die nk jumpa lecturer kat UTHM.. Pastu die blk umah ngn classmate die. Baik x U, baikkn... Penyabar lg... Hahaha... Hati senang dapat sampai umah tepat pada waktunya, terus siap2 gi Solat Jumaat.. Happy tp malang ari nie.. huuhuhu...

Sekian, Salam.....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.