
Setiap hidupan dalam dunia dijadikan berpasangan. Manusia juga dijadikan berpasangan iaitu golongan adam dan hawa. Didalam membentuk perhubungan, perbagai rentangan perlu ditempuhi yang mungkin mencabar kesabaran seseorang. Sebagai makhluk yang dijadikan Allah, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH swt. Kerana mencintai ALLAH adalah yang pertama. Apabila kita mendapat cinta ALLAH, insyallah nascaya kehidupan kita akan lebih bercahaya dan berseri. Didalam perhubungan, perselisihan paham adalah perkara biasa seperti pepatah melayu berkata " sedangkan lidah lagi tergigit ". Kesabaran adalah sangat penting dalam sesuatu perhubungan, kerana apabila dalam keadaan marah kita tidak lagi berada dalam keadaan normal manusia. Jika diteruskan, maka akan terjadilah perkara yang dimurkai ALLAH seperti pembunuhan, penyeksaan, penceraian dan sebagainya. Maka, sebagai seorang islam kita hendaklah mendekatkan diri pada ALLAH. Moga dengan mendekatkan diri dengan ALLAH, kita dapat mengawal kemarahan dan serta merta dapat menjaga sesebuah hubungan. Insyallah....
No comments:
Post a Comment