Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Sunday, May 15, 2011

Praktikal : Cerita Sepanjang Minggu Ini..

Salam semua,
Dalam entri ini, U akan menceritakan la serba sedikit aktiviti praktikal U selama minggu lepas. Minggu lepas banyak gak yang dapat dipelajari selain menegur pekerja supaya mengutamakan keselamatan dan memakai alat-alat keselamatan yang berkaitan dengan kerja yang dilakukan. Buat makluman korang sume, U tgh praktikal untuk course Dip. Executive Occupational Safety and Health di WCT Construction Sdn Bhd. Nama projek ini adalah The Paradigm dan boleh dikatakan projek besar la gak dimana membina sebuah Shoping Mall dan 4 buah menara iaitu banggunan pejabat 28tingkat (xcomfirm, coz ade yang ckp lebih dari tu).

So, berbalik pe yang baru dipelajari. Seminggu yang lepas, U banyak belajar tentang bagaimana menyediakan repot bulanan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu, U jugak dapat tangkap satu aktiviti yang mana sekiranya ingin melakukan kerja tersebut perlulah mempunyai permit yang dikeluarkan oleh Department Safety di Projek The Paradigm ini. Aktiviti yang dilakukan ini adalah berkaitan pembukaan perancah selepas kerja2 konkrit dilakukan (Dismentling scaffolding). So, kepastian telah dibuat dengan Sr. Safety Officer dan diberitahu area tersebut tidak mempunyai permit dalam m*elakukan kerja2 pembukaan perancah dan tindakan telah dibuat dengan mengambil gambar dan mendenda Sub-Con yang melakukan kerja2 tersebut.

Selama di The Paradigm, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Staff2 yang peramah, terutamanya dr jabatan keselamatan sendiri. Harapan agar dapat menimba pengalama yang lebih lagi selepas ini. Jumpa lg untuk entri seterusnya k.. Bubbye, U nak tdo dah... hehhe..



Pembukaan perancah tanpa permit


Permandangan dari tingkat 5 bangunan Shoping Mall.. (Opening Day : 11.11.11)


*alamak, rindu lak kat R malam-malam nie.. hehhe..

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.