Dukacita dimaklumkan.. Page nie akn ditutup dan digantikan dengan blog yang baru.. Pada kawan2 yang dikasihi.. add blog baru saya yer.. tq..
Selamat Datang...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.
Monday, July 18, 2011
Sunday, May 22, 2011
Under Construction.. Hehehe
My Blog is UNDER CONSTRUCTION....
See you soon...
Labels:
Pemberitahuan
Tuesday, May 17, 2011
Praktikal : Cerita 16.05.2011
Salam semua,
Hari nie U ingin menceritakan tentang aktiviti yang U lakukan sepanjang hari ni. Hari nie U dapat satu lagi pengalaman berharga iaitu melihat bagaimana kerja2 menambah ketinggian Tower Crane dilakukan. Risiko yang dihadapi oleh pekerja sangat tinggi, ini kerana semasa melakukan pernambahan tersebut faktor angin sgt diambil kira kerana kemingkinan TC tersebut mencondong adalah sgt tinggi sekiranya terdedah kepada angin yang kuat.
Kerja2 ini mengambil masa hampir 3 jam! Penat sangat dok tengah panas td. Hehehe.. Disini U bagi korang tgk2 gak gambar yer. Gambar semasa melakukan kerja2 tersebut.
Lihatlah gambar-gambar ini yer! :
Mengangkat bahagian TC yang mahu ditambah
Memasang Safety Barrier untuk mencegah dari pekerja melalui kawasan kerja
Bahagian yang hendak ditambah dibawa ke platform
Platform
Kerja-kerja menarik masuk bahagian crane tersebut selepas menaikkn TC tersebut
Didalam U mengawasi kawasan kerja tersebut, masih ada lagi pekerja yang tidak memahami tanda yang kami buat. Mereka masih lagi melintasi kawasan kerja tersebut. Gambarnya?? Tggu next entri k... hehehe..
Labels:
News,
Pemberitahuan,
Perasaan
Sunday, May 15, 2011
Praktikal : Cerita Sepanjang Minggu Ini..
Salam semua,
Dalam entri ini, U akan menceritakan la serba sedikit aktiviti praktikal U selama minggu lepas. Minggu lepas banyak gak yang dapat dipelajari selain menegur pekerja supaya mengutamakan keselamatan dan memakai alat-alat keselamatan yang berkaitan dengan kerja yang dilakukan. Buat makluman korang sume, U tgh praktikal untuk course Dip. Executive Occupational Safety and Health di WCT Construction Sdn Bhd. Nama projek ini adalah The Paradigm dan boleh dikatakan projek besar la gak dimana membina sebuah Shoping Mall dan 4 buah menara iaitu banggunan pejabat 28tingkat (xcomfirm, coz ade yang ckp lebih dari tu).
So, berbalik pe yang baru dipelajari. Seminggu yang lepas, U banyak belajar tentang bagaimana menyediakan repot bulanan tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu, U jugak dapat tangkap satu aktiviti yang mana sekiranya ingin melakukan kerja tersebut perlulah mempunyai permit yang dikeluarkan oleh Department Safety di Projek The Paradigm ini. Aktiviti yang dilakukan ini adalah berkaitan pembukaan perancah selepas kerja2 konkrit dilakukan (Dismentling scaffolding). So, kepastian telah dibuat dengan Sr. Safety Officer dan diberitahu area tersebut tidak mempunyai permit dalam m*elakukan kerja2 pembukaan perancah dan tindakan telah dibuat dengan mengambil gambar dan mendenda Sub-Con yang melakukan kerja2 tersebut.
Selama di The Paradigm, alhamdulillah semuanya dalam keadaan baik. Staff2 yang peramah, terutamanya dr jabatan keselamatan sendiri. Harapan agar dapat menimba pengalama yang lebih lagi selepas ini. Jumpa lg untuk entri seterusnya k.. Bubbye, U nak tdo dah... hehhe..
Pembukaan perancah tanpa permit
Permandangan dari tingkat 5 bangunan Shoping Mall.. (Opening Day : 11.11.11)
*alamak, rindu lak kat R malam-malam nie.. hehhe..
Labels:
News,
Pemberitahuan,
Perasaan
Wednesday, May 11, 2011
Praktikal : Cerita 10.05.2011..
Salam sume,
Lama x update blog nie. Ni rase nk update gak, tu yang pagi2 lagi nie dah bukak blog.. hehhe.. So, apa aktiviti saya hari nie ialah membuat perkara2 berkaitan dokumentasi. Menyiapkan repot bulanan dan sebelah petangnya, sy diberi tugas untuk memastikan kesemua loceng kecemasan adalah dalm keadaan baik serta perlu menangkap gambar kelima2 loceng tersebut untuk membuat repot yang perlu diantara ke penerusan tertinggi WCT.
Diantara contoh peletakan loceng kecemasa tersebut.
Labels:
Nasihat,
News,
Nothing,
Pemberitahuan,
Perasaan
Monday, May 9, 2011
Cukup Dua Minggu Praktikal...
Hari nie masuk minggu ke 3 ak praktikal kat The Paradigm, Petalig Jaya. Selama 2 minggu yang lepas banyak perkara baru yang dipelajari. Diantaranya bagaimana nak berdepan dengan pelbagai kerenah pekerja dr pelbagai negara. Disamping itu, ada jugak perkara2 yang x menyenangkan seperti kemalangan yg melibatkan pemandu lori simen. Dimana kakinya patah dan tekeluar membuatkan hati nie mmg bedegup kencang. Diikuti dengan memek muka pakcik pemandu itu sendiri yang x henti2 mengucapkan kalimah Allahakbar menandakan die menahan sakit yan teramat sgt.
Nak x nak, mesti melibatkan diri gak dengan keadaan tersebut. Itu adalah sebahagian tugas Safety Officer. Dan mulai minggu ini ak dah mula serasi dengan keadaan di tapak binaan ini. Terima kasih kepada crew2 safety di The Paradigm yang banyak membantu untuk memahami keadaan di paradigm.
Labels:
News,
Pemberitahuan,
Perasaan
Saturday, April 16, 2011
Berakhir Sudah...
Salam semua,
Mulai hari ini berakhirlah sudah kelas teori untuk kos Occupational Safety and Health fasa 2/2010. Pada isnin ini, kesemua pelajar OSH akan memulakan praktikal mereka di tempat masing-masing. Semoga happy2 selalu la yer. Ade masa nanti kt jumpa or buat gathering yer.. hehhe...
Disini saya bg pihak pelajar2 EDOSH UTHM fasa 2/2010 ingin mengucapkan setinggi2 perhargaan kepada Borderless Resources Sdn Bhd diatas jasa dan pengorbanan yang telah dilakukan dengan menyediakan pengajar2 yang berpengalaman dalam bidang Occupational Safety and Health ini. Perhargaan juga wajar diberikan kepada koordinator kami, Majer (B) Khairul Azhar Saidon yang banyak memberi tunjuk ajar dalam merialisasikan cita-cita setiap pelajar EDOSH. Perhargaan juga diberikan kepada pensyarah-pensyarah yang telah mengajar kami dalm EDOSH ini. Diantaranya ialah :
- En. Razali Mamat
- Majer (B) Hamzah Md Lazim
- Kapten (B) Adam Marsidi
- Pn. Rozaida Zainudin
- Dr. Siow Ta Wee
- En. Zamree
- Madam Fazelah
Terima kasih semua. Semoga ALLAH membalas segala pengorbanan anda semua. HALAL kn segala ilmu yang dicurahkan.
.: JASAMU DIKENANG :.
Labels:
Perasaan
Thursday, April 14, 2011
Presentation..
Adoii... ngantok giler tunggu turn nk present ni..
awal dah datang tp dapat angka giliran akhir skali. Orang yg ke 25 dari 28 org... Nangis2x!.. hehhe xpelah, ari nie pun ari happy ak kan so x yah nk masam2 muka... tenang jer kn.. hehe
Lama giler ar.. adoi, penat dah nie!!
Labels:
News,
Pemberitahuan,
Perasaan
Happy Anniversary
Assalamualaikum...
Alhamdulillah syukur pada ALLAH SWT diatas kurnianya ak masih dapat pertahankan hubungan ini, semoga hubungan ini diredhai ALLAH SWT dan semoga bekekalan... AMin...
Labels:
Nothing,
Pemberitahuan,
Perasaan
Pagi yang indah... yahoo!!
Salam
apa kabar sume.. ehhe...
Pagi nie sy ade presentation, untuk preparation ujian dengan NIOSH. Semalam satu hari exam, sampai muntah2... hehehe..
Yang paling best hari nie, hari nie genap setahun saya besama ngan NR... heheh.. Yahoo!!
papepun, saya nak ucapkan ungkapan SAYANG KAT AWAK SANGAT2 kat NR. Dialah seorang yang sabar dengan perangai saya, dia jugak la teman yang setia dan pendengar yang setia untuk saya berkongsi apa2... Tq NR... I will always with u syg..
*hope sape yang bace entri nie jgn ckp ak gedik lak ek.. Ini just ucapan tanda perhargaan kat NR yang sentiasa ngan saya.. TQ sume...
Labels:
News,
Pemberitahuan,
Perasaan
Tuesday, April 12, 2011
Malam Alumni INSEP UTHM (Bahagian 1)
Pada 9.04.2011 yang lepas bersamaan dengan hari sabtu, telah diadakan Malam Alumni INSEP UTHM. Majlis tersebut diadakan di Avallion Legacy Hotel Melaka yang dihadiri oleh Prof. Dato' Dr. Mohd Noh b. Dalimin, Naib Canselor Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Pada majlis ini Dato' NC telahpun merasmikan ALUMNI INSEP UTHM dengan gimik pemotongan kek. Disini saya sertakan gambar-gambar kenangan semasa di majlis tersebut.
Betolak ke Avillion Legacy Hotel, Melaka.
Bersama wakil PRO, En. Rasyid
Gambar kenangan bersama Usher dan wakil dari PRO
Ketibaan VVIP, Prof. Jailani dan Isteri
Ketibaan VVIP, Prof. Amir Hashim
Ketibaan VVIP, Prof. Dato' Dr. Mohd Noh Dalimin
Gimik permulaan makan
Masa untuk makan.. Selamat menjamu selera
PM Dr. Berhanuddin, Prof. Amir dan Prof. Jailani
Gambar2 lain akan dipostkan dalam entri yang lain, skrg ni saya berada di kelas.. so, nk start kelas dah kan. Terpaksa la tutup lappy nie. Heeee...
Monday, April 11, 2011
Tugasan Subjek Pengenalan Sistem Pengurusan Persekitaran
Tugasan Dr. Ta Wee,
- Ambil dasar alam sekitar bagi sesebuah syarikat (mempunyai ISO 14001:2004) dan bincangan kehendaknya dalam MS ISO 14001:2004.
- Bincangkan program alam sekitar di syarikat (mempunyai ISO 14001) tersebut bagi mencapai kehendak dalam MS ISO 14001:2004.
Email : tawee@uthm.edu.my
FB id : Seow Tawee
Labels:
News,
Pemberitahuan
Thursday, April 7, 2011
Tensionnya hari nie...
Salam semua....
Hari nie adalah hari paling tension dalam hidup ak. Sabtu ini kami akan mengadakan Malam Alumni INSEP UTHM 2011. Tapi apa yang terjadi, segala perancangan diganggu dengan berlakunya kesalahan dalam membuat banner, buku program dan sijil penyertaan. Beberapa kesalahan telah berlaku dalam membuat banner dan sebagainya kerana tidak mengikut speksifikasi pihak PRO. So, jawapannya di REJECT la td....
Adoi, pedihnya rasa bila kne reject. Cube pikir kalau korang nk mintak couple dengan sorang pompuan nie, tetiba dia reject.. Peh! pedih kot.. hehe.. ha! hal tu la jadi kat aku sekarang nie, lagi terok dari yang dijangka. Turun naik ke pejabat PRO, kene "ceramah" skit. Best!!!.. hahah..
Tapi, bila ak pkr2 balik bgs gak kene tegur dan sebagainya. At least, lepas nie klau nak ajak NC or TNC datang tahu la ak pe yang berlu dilakukan. K lah
Sehari Suntuk..
Peh!
Serious, penat gilee hari nie. Dari 8pg ke Universiti sampai kul 11mlm br ada dkt rumah. Pagi Interviewing Skill then kul 5 lak kelas sampai kul 7pm. Kemudian 8pm sumbang pulak sampai kul 11pm...
So, sekarang ni saya dah P.E.N.A.T.... hahha... K sume, Gud nite... Have a nice dream. :)
Saturday, April 2, 2011
Kepenatan...
Salam,
Terasa kepenatannya hari ni. Hari terbuka Insep Fasa 2/2010 telahpun berlangsung pada hari ini di Square One, Batu Pahat, Johor. Dimana hari ini banyak aktiviti dijalankan, diantaranya pertandingan menimbang bola, mereka bentuk pakaian tradisional dan Tower Building. Selain itu, aktiviti lain yang dijalankan adalah pertunjukan seni pertahanan diri oleh Silat Cekak, Taekwondo dan Tarian Zapin.
Hari Terbuka Insep Fasa 2/2010
Pagi nie bersamaan 2 April 2011 akan diadakan Hari Terbuka Insep Fasa 2/2010... Program tersebut akan diadakan di Pusat Membelibelah Square One, Batu Pahat, Johor Daruk Takzim. Mengharapkan sokongan dari warga Universiti dan rakyat2 Batu Pahat supaya dapat memeriahkan majlis pada pagi ini.
Semua rakyat dijemput hadir ke majlis tersebut. Terutamanya orang2 Batu Pahat. Bawalah anak2 kerana kami ada membuat pertandingan untuk kanak2.
Sekian, Jumpa disana... disana.... disana...
Majlis Malam Alumni Insep 2011
Saudara/Saudari
Peserta INSEP Fasa 2 2010/2011 menganjurkan Majlis Malam Reunion INSEP UTHM dengan objektif utama untuk mengumpul kesemua bekas-bekas keluaran INSEP UTHM pada satu malam yang meriah.
Tarikh: 9hb April 2011
Tempat: Avillion Legcy Melaka
Waktu Pendaftaran Masuk: 7pm - 8pm
Pembayaran: RM 65/-
Acc No: 101142932768 (maybank)
Pemegang Acc: Mdm Siti Noor Fazelah Mohd Noor
Tema: DOWN MEMORY LANE -(RETRO)
Sebarang pertanyaan atau sebarang kemuskilan boleh terus diajukan kepada:
- Mdm Siti Noor Fazelah Mohd Noor (Penasihat Projek) - 074538384 , 0197184088 , 0177540511
- Uthman Abd. Razak (Pengarah Projek) - 0136528327
- Nurul Helwa Zakaria (Penolong Pengarah) - 0136283669
- Mohd Hafiz (AJK x-insep) - 074538165 , 0132222709
- Muhammad Hadi (AJK x-insep) - 0129690836 , 0197695517
Semoga dengan perjumpaan ini dapat mengeratkan lagi ikatan setiap pelajar INSEP UTHM dan dapat memperlihatkan keberkesanan dan kejayaan anak didik keluaran INSEP UTHM. Semoga saudara/saudari dapat menghebahkan berita ini kepada rakan taulan yang seiring. Disini juga saya kepilkan serba sedikit perjalanan sepanjang acara berlangsung. Dan diharap kerjasama dari pihak saudara/saudari untuk memeriahkan majlis yang julung kali diadakan.
Sekian.
Friday, April 1, 2011
Khusus Jangka Pendek
Salam semua,
seperti yang saya bgtau dalam etri sebelum nie, sy akan masukkn gambar semasa melakukan lawatan ke Pusat Latihan Bomba, Kuala Kubu Baru, Selangor Darul Ehsan. Disini sy letakkan beberapa gmbar sepanjang aktiviti tersebut berjalan.
Saya bersama Madam Fazelah
D3100 hehhe..
Baru pas bersiap di R&R Sungai Buloh
Majer (B) Khairul dan kuncu-kuncunya
Dah sampai ke tmpt kediaman
Chill... Kat lobby
Toolbox dulu sebelum pape aktiviti
Anggota penyelamat dari UTHM.. hehhee
Latihan menyelamat di kawasan gelap- "Comfine Space"
bersambung.....
Tuesday, March 29, 2011
Meeting oh meeting...
Penat giler r ari nie. Lepas satu meeting kne gi satu meeting lagi yang melibatkan fakulti. Badan nie dah terasa kebas2 dah nie. hehhe..
papepun nie la keje kene buat ble org dah pecaya kat kita kan. So kawan2 bila org dah percaya n mengharapkan kita buat lah yg terbaik yer. Semoga kerja kita diredhai ALLAH SWT. Insyallah.
Balik nie nk pergi makan terus... Mkan kat ne yer Parit Raja nie?? Sofialah... kene nsi goreng kerabu dlu.. Nak join datanglah SOFIA.
Hahahah.. Promote lak! bye..
papepun nie la keje kene buat ble org dah pecaya kat kita kan. So kawan2 bila org dah percaya n mengharapkan kita buat lah yg terbaik yer. Semoga kerja kita diredhai ALLAH SWT. Insyallah.
Balik nie nk pergi makan terus... Mkan kat ne yer Parit Raja nie?? Sofialah... kene nsi goreng kerabu dlu.. Nak join datanglah SOFIA.
Hahahah.. Promote lak! bye..
Labels:
News,
Perasaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Monday, March 28, 2011
Kembali ke Parit Raja
Alhamdulillah...
Selepas hampir 3 hari di Pusat Latihan Bomba Kuala Kubu Bharu akhirnya sampai di Parit Raja, Johor. Bertolak pada 25/03/11 jam 12am.. Sampai di perhentian Sg. Buloh pada pukul 5am untuk bersiap ke Pusat Latihan Bomba. 6.30am bertolak ke PLB dan sampai dalam pukul 7.45am. Seterusnya ditempatkan di tempat penginapan dah cam hotel dah tgk. Satu bilik 2 org, dilengkapi dengan TV, Aircond, Kipas dan kemudahan2 asas yang lain. Aktiviti mmg banyak dilakukan, sangat bagus bg mana2 organisasi yang ingin mengetahui bagaimana bomba bekerja. Perbagai latihan akan diberikan.
Hope kawan2 dapt pergi Pusat Latihan Bomba untuk menimba pengalaman cara Bomba berkerja dan disamping itu mendapat ilmu tentang bagaimana tindakan kita semasa berlaku kebakaran. Saya sarankan kepada pembaca entri ini dapat melakukan latihan tersebut. Insyallah...
Nantikan entri seterusnya iaitu gambar2 aktiviti yang telah dilakukan. Pastinya anda tetawan dengan latihan yang dibuat. Heheee.. Tunggguuuu.... hehe..
Labels:
News,
Perasaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia,
Vacation
Tuesday, March 22, 2011
Keindahan Subuh
Terjaga dikala subuh menjelma. Keadaan subuh pagi nie sejuk, dibasahi hujan. Indahnya subuh yg dijadikan ALLAH SWT. Sangat bersyukur dengan kejadianNYA. Subhanallah, mmg indah kejadiannya.
Dalam kesenangan kita, imgat la pada Allah SWT. Semoga kehidupan kita diredhai-Nya.
Sunday, March 20, 2011
UTHM vs PKB
Petang semalam berlangsungnya perlawanan Piala IPT diantara UTHM vs Politeknik Kota Bharu. Stadium UTHM dipenuhi peminat2 bola sepak yg terdiri daripada pelajar2 UTHM sendiri. Didalam perlawanan tersebut dilihat sgt seimbang diantara kedua2 pasukan. Percubaan demi percubaan dibuat dr kedua2 pasukan tetapi buntu mencari jaringan gol.
Akhirnya, Kedua2 pasukan akur dengan keputusan iaitu UTHM 0-0 PKB...
Tahniah kepada pasukan UTHM kerana menunjukkn semangat kesukanan yang tinggi. Teruskan usaha anda untuk mencapai satu peringkat yg boleh dibanggakan. Insyallah.
Perlawanan berkesudahan seri tanpa jaringan
*teringin rasanya berada didalam skuad balik, tapi apakan daya bukan lagi student UTHM....
Labels:
News,
Perasaan,
Universiti Tun Hussein Onn Malaysia
Friday, March 11, 2011
Mcm ni ke mkn nasi ambeng....
Haahhaha
lawak gler U rse ari nie
td U g kenduri arwah datuk kawan U kat Parit Lapis
lepas bacaan Yassin pe lg makan la kn
tetiba....
diorg bwk dulang byk2
aaaaa
salah la nasi ambeng nie..
tgk2 betul nasi ambang letak sume kat dalam dulang tu
U ngn kawan nie mne lah mkn nasi ambeng jenis dulang2 nie
hehhee
dengan x rse besalah, U mkn la
perut dah lapakn
makan punya mkn tetiba tgk org ln sebuk bungkus
hahahahahahah
kami dah tekedu dah
then org2 kampung dok gelakkn kitorg
hehhehe..
Sekali tuan umah nie ckp da
mknnye jamah2 jer pastu bungkus bwk balik
hahahahaha lawak2
cepat2 kitorg bungkus
abis2 kiorg bungkus br org kmpung bc doa abis makan..
hahaaha
mmg x leh ingat rse nk tegelak jer... hahahaah
bwk blk umah sewa kawan U
terus kami melantak blk.. hehehe
Alhamdulillah kenyang sangat malam nie.. hehhee
Tuesday, March 1, 2011
Ku buat pe ari nie??
Entri untuk ari nie
U penat la br pas exam
tah pe yang U tulis td kat paper exam tu
mood U tah cam mne tah
huhuu
Ari nie U tesenarai dalam top 10 class... untuk pe??
untuk bg ToolBox esok dan seterusnya...
diantaranya yg tesenarai sebagai top 10 tu cam :
U penat la br pas exam
tah pe yang U tulis td kat paper exam tu
mood U tah cam mne tah
huhuu
Ari nie U tesenarai dalam top 10 class... untuk pe??
untuk bg ToolBox esok dan seterusnya...
diantaranya yg tesenarai sebagai top 10 tu cam :
- FF100355
- FF100286
- FF100480
- FF100468
- FF100460
- FF100527
- FF100544------ Hahaha.. U org yang ketujuh la.. nasib kne study lebih.. :)
- FF100333
- FF100573
- FF100471
Monday, February 14, 2011
Sunday, February 13, 2011
Bosan..!!
Salam,
pe kabar sume...
Malam nie R ade Majlis Makan Malam di Hotel Pelangi.. Xsilap U la..
bosan ler U malam nie, x de or org nk amik tau makan minum U untuk malam nie.. huhuhu.. :(
tp xpelah, U pun ade byk keje x siap lg nie...hihihi... :)
p/s : R kalau dah blk msg yer... hehhe... Selamat Bergumbira... hehehe..
Labels:
Perasaan
Penat.......
Jam dah pun menunjukkan pukul 2.44 a.m.... mata pun dah mula mengecil, so pe langkah yang perlu diambil??
hahahah... TIDO LA... pe lagi kn... hehe..
k see u all 2morrow k...
nak tdo jap...
sok nak sambung lagi assignment yang mana yang x wat lagi..
k lah sume... U tido dlu yer...
Zzzzzzz.....
p/s : X lupa juga kepada R... Gud nite syg... have a nice dream... insyallah..
Assignment oh Assignment....
Salam,
Selamat malam sume... hehe..
Penatnye pale nie memikirkn tajuk assignment kali nie.. nie pun U dah nk tdo dah pasal x de idea la malam nie nk wat assignment nie... hehehe... korang nk tau kn soalannye, ok2.. U bgtau k.. kalau korang ade idea bg2 la kat U yer... hehhe..
Soalannye berbunyi cam nie :
"Occupational Safety and Health Management System (OSHMS) as the method to achieve the objective of safe work environment in Mechanical and Electrical"
so, pe yang U perlu buat ialah mengaitkan antara OSHMS ngn Mechanical and Electrical dalam mendapatkan objektif Mechanical and Electrical tersebut.... HUHUHU!...
Monday, January 3, 2011
Bila malam menjelma....
Salam,
Huhu... mula la rse ngantok.. tp teringat kat R, R ade kat JB.. die ade interview tp x kompem lg bila..
k lah U nk tdo dlu
sok ade taklimat lagi...
ahahha..
selamat malam semua..
Moga hari ini lebih baik dr semalam..
Insyallah..
Labels:
Perasaan
Subscribe to:
Posts (Atom)
.: Tentangku :.
- Aku Dan Dia...
- Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.