Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Tuesday, November 30, 2010

Cabaran Dalam Perhubungan

Setiap hidupan dalam dunia dijadikan berpasangan. Manusia juga dijadikan berpasangan iaitu golongan adam dan hawa. Didalam membentuk perhubungan, perbagai rentangan perlu ditempuhi yang mungkin mencabar kesabaran seseorang. Sebagai makhluk yang dijadikan Allah, kita hendaklah sentiasa mendekatkan diri dengan ALLAH swt. Kerana mencintai ALLAH adalah yang pertama. Apabila kita mendapat cinta ALLAH, insyallah nascaya kehidupan kita akan lebih bercahaya dan berseri. Didalam perhubungan, perselisihan paham adalah perkara biasa seperti pepatah melayu berkata " sedangkan lidah lagi tergigit ". Kesabaran adalah sangat penting dalam sesuatu perhubungan, kerana apabila dalam keadaan marah kita tidak lagi berada dalam keadaan normal manusia. Jika diteruskan, maka akan terjadilah perkara yang dimurkai ALLAH seperti pembunuhan, penyeksaan, penceraian dan sebagainya. Maka, sebagai seorang islam kita hendaklah mendekatkan diri pada ALLAH. Moga dengan mendekatkan diri dengan ALLAH, kita dapat mengawal kemarahan dan serta merta dapat menjaga sesebuah hubungan. Insyallah....


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.