Selamat Datang...

Blog U&R...
Blog nie lebih kepada kehidupan U&R dan pesekitaran kitorang.. Hope this blog dpt menghiburkan peminat2 blog yer.. x seberapa pun.. masih dalam pembelajaran. Tq.



Tuesday, December 29, 2009

Port Dickson Vacation...

Pada 28hb Dec 2009 adalah diantara hari yang paling happening untuk thn 2009 nie.. Time nie ktorg di vacation 1hari di PD.. Semuanya kwn2 keje ak di perangkaan.. Mmg syok coz sume satu kpale kn so, seronok sgt2... Antara aktivitinye cam Bbq dan naik banana boat! hahaha.. lawak gak r time naik banana boat kn.. hehehe..

Pic Kitaorg!


Time nie ngh tggu Nizam Si Patah Tgn datang.. Agak lama gak r menunggu.. hehehe


Dalam 1 jam pejalanan akhir sampai la ktorg kat Teluk Kemang. Pemandangan yang sungguh indah x tekata. Mulanya takut gak klau2 ujan ptg tu. Tp alhamdulillah sumenye bejalan lancar seperti yang dikehendaki. Percutian nie sebenarnya untuk merapatkan silaturahim antara ahli kumpulan di Jabatan Perangkaan Malaysia. Di antara ahlinya, Kak liza, Kak Fiza, Mali, Nizam, Kak Mal, Kak Naz, Kak Sarah, Kak Aida dan beberapa org lgi x dapat menyertai rombongan ini seperti Kak Medina, Nurul, Abg Jep.. Accly mereka ade keje2 ang x dpt dielakkn.. hehhe.. Percutian ini juga adalah untuk meraikan rakan2 dimana seleps 31 dec nie projek yang kami jalankn di Jabatan Perangkaan akan berakhir. Hopefully leps nie jgn lost contact k. Papehal call2 la yer. hahhaa..

Diantara Gambar2 di PD :-


Abg Jalil Sebagai Chef kami pada hari tu.. ahak!

Ha.. Nie la Nizam Si Patah Tangan.. ahha



Sunday, November 29, 2009

Soccerkids No.3



Alhamdulillah syukur pada ilahi...

Disini ingin saya mengucapkan tahniah kepada pasukan bola adik saya, Kamallul Ihsan b. Hj Abdul Razak yang mewakili Akedemi Soccerkids diatas kemenangan semalam. Petang semalam Akedemi Soccerkids telah mendapat tempat ketiga didalam pertandingan Piala Sultan Ahmad Shah.. Pasukan ini baru sahaja dibentuk dalam masa 6bulan, tetapi berkat kekuatan semangat yang ada pada mereka dapat menandingi pasukan2 yg telah lama ditubuhan. TAHNIAH SOCCERKIDS. Petang semalam Akedemi Soccerkids yang dilatih oleh ex-Selangor, En. Anuar Abu Bakar telah mengalahkan pasukan Gen Pro dalam penentuan sepakan penalti yg berkesudahan Akedemi Soccerkids 4-3 Gen Pro.

TAHNIAH SOCCERKIDS

*jrleague-malaysia.com

Sunday, November 22, 2009

Mengecewakan!


Malangnye ari nie.. 3 hari lepas nk wat booking movie 2012, but penuh.. Then petang td dengan hati yang penuh gembira gi la piramid, hajat nk tgk movie tu... but sungguh mengecewakan gila, tiket abis untuk ari sabtu, ahad... arghh.!! Geramnye... Kecewanye pasal kene dulu sushi king, puas gak r.. Salmon segar mmg syok! korang leh cuba... x nyesal la.. after that blk umah.. Kecewa.... hahhaa...

Thursday, September 24, 2009

Sabda Rasululah S.A.W :-

"Cintailah kekasihmu sekadar sahaja, tidak melebihi cintamu kepada Allah, kerana bolah jadi kamu akan membencinya suatu hari nanti, bencilah orang yang kamu benci sekadar sahaja kerana boleh jadi dia akan menjadi kekasihmu suatu hari nanti"

Wednesday, September 23, 2009

Selamat Hari Raya..!!

First of all, aku ingin mengucapkan selamat menyambut hari raya aidilftri. Dalam kesempat ini aku ingin juga memohon maaf zahir dan batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini. Semoga di bulan syawal ini kita dapat menyatupadukan umat islam yang mne dpt kita lihat semakin berpecah belah. Amin...

hurmm..

~ Wah Sedapnye ~

Tahun nie ditakdirkan aku beraya disebelah abah di Beranang, Selangor. Mesti korang pelikkn ngn nama tempat nie. Beranang nie dekat ngan semenyih la, sempadan ngan n9. Family aku blk pada hari sabtu dimana pada ahad keesokkannye kita raya. So, bebuka last tu memg best la.. Masak lomak pun ada. Hehehe.. Tp yang paling bestye pasal bebuka beramai2.. Syok oo.. So, pada ahad pagi cam biasa la kn.. bungun lewat, pastu kene membebel la ngan mak aku pasal sume dh bersiap nk gi solat hari raya. Lebih kurang kul 9 ktorang gerak ke surau bangi, selepas selesai solat kami beraya di rumah ustat Idris kemudian kerumah Pak Halim bersebelahan ngan umah ustat. Selesai semua kami bergerak balik ke beranang, coz adik beradik abah dh tunggu kat kampung. Biase la majlis bermaaf-maafan la.. hehe.. Hari nie abah kata banyak tempat nak g, sebenarnye aku ngan angah(adik) malas2 je nk g.. mengenangkan kita nie kene kenal ngan sepupu sume so mengagahkan diri gak la g.. hahaha.. Dalam hati dok berdoa untung2 dapat duit raya, huhu.. X dapat pun sebenarnya, dh besakn.. persinggahan pertama adalah umah sepupu.. Dekat je ngan umah nenek.. Kendian, ktorg g umah pak lang lak.. k yer nanti sambung.. ngantok ler plak..


Sunday, August 30, 2009

Fearless



FEARLESS

Kumpulan yang ditubuhkan semasa di Semester 2 Tahun 2 di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia. Kumpulan Ini masih bertahan sehingga sekarang dan mungkin akan berterusan didalam melakukan kerja-kerja berkumpulan. Projek seterusnya yang akan dilaksanakan oleh Fearless ialah Projek Keusahawanan dimana kami diberi tugasan untuk membuka gerai dan melakukan aktiviti perniagaan. Berharap Fearless dapat melakukan tugasan ini dengan baik. Kumpulan ini terdiri daripada :-
  1. Uthman b. Hj Abd Razak a.k.a Man
  2. Mohamad Malek b. Haji Mohamad a.k.a Mamak
  3. Mohd Aikhwan b. Abu Bakar a.k.a Wan
  4. Mohd Khairul Hazwan b. Mhd Radzi a.k.a Botak
  5. Mohd Fikri b. Azizan a.k.a Ah Chong
  6. Ashrani b. Abd Jalil a.k.a Aan


Friday, January 23, 2009

Kerana sebiji Buah Kurma?


Kerana sebiji Buah Kurma?


Selesai menunaikan ibadah haji, Ibrahim bin Adham berniat ziarah ke Masjidil Aqsa. Untuk bekal di perjalanan, ia membeli 1kg kurma dari pedagang tua di dekat Masjidil Haram. Setelah kurma ditimbang dan dibungkus, Ibrahim melihat sebutir kurma terletak dekat timbangan. Menyangka kurma itu sebagian dari yang ia beli, Ibrahim memungut dan memakannya. Setelah itu ia langsung berangkat menuju Al Aqsa. Empat bulan kemudian, Ibrahim tiba di Al Aqsa. Seperti biasa, ia suka memilih sebuah tempat beribadah pada sebuah ruangan dibawah kubah Sakhra.Ia sholat dan berdoa khusuk sekali. Tiba tiba ia mendengar percakapan dua Malaikat tentang dirinya, "Itu, Ibrahim bin Adham, ahli ibadah yang zuhud dan wara yang doanya selalu dikabulkan ALLAH SWT," kata malaikat yang satu. "Tetapi sekarang tidak lagi. Doanya ditolak karena 4 bulan yg lalu ia memakan sebutir kurma yang jatuh dari meja seorang pedagang tua dekat masjidil haram," jawab malaikat yang satu lagi. Ibrahim bin Adham terkejut sekali, ia tersentak, jadi selama 4 bulan ini ibadahnya,sholatnya ,doanya dan mungkin amalan-amalan lainnya tidak diterima oleh ALLAH SWT gara-gara memakan sebutir kurma yang bukan haknya. "Astaghfirullahal adzhim" Ibrahim beristighfar. Ia langsung berkemas untuk berangkat lagi ke Mekkah menemui pedagang tua penjual kurma untuk meminta dihalalkan sebutir kurma yang telah ditelannya. Bila sampai di Mekkah ia langsung menuju tempat penjual kurma itu, tetapi ia tidak menemukan pedagang tua itu melainkan seorang anak muda , "4 bulan yang lalu saya membeli kurma disini dari seorang pedagang tua. Kemana ia sekarang?" tanya Ibrahim. "Sudah meninggal sebulan yang lalu,saya sekarang meneruskan pekerjaannya berdagang kurma" jawab anak muda itu. "Innalillahi wa innailaihi roji'un, kalau begitu kepada siapa saya meminta penghalalan? " Lantas Ibrahim menceritakan peristiwa yg dialaminya, anak muda itu mendengarkan penuh minat. "Begitulah ceritanya" kata Ibrahim .Katanya lagi "Kalau begitu engkau sebagai ahli waris orang tua itu,maukah engkau menghalalkan sebutir kurma milik ayahmu yang terlanjurku makan tanpa izinnya?. "Bagi saya tidak masalah. Insya ALLAH saya halalkan. Tapi entah dengan saudara-saudara saya yang jumlahnya 11 orang. Saya tidak berani mengatas nama kan mereka karena mereka mempunyai hak waris sama dengan saya. "Dimana alamat saudara-saudaramu? Biar saya temui mereka satu persatu." Setelah menerima alamat, Ibrahim bin Adham pergi menemui. Biar berjauhan, akhirnya selesai juga. Semua setuju menghalalkan sebutir kurma milik ayah mereka yang termakan oleh Ibrahim. 4 bulan kemudian, Ibrahim bin Adham sudah berada dibawah kubah Sakhra. Tiba-tiba ia mendengar dua malaikat yang dulu terdengar lagi bercakap cakap. "Itulah Ibrahim bin Adham yang doanya tertolak gara-gara makan sebutir kurma milik orang lain. "O, tidak.., sekarang doanya sudah makbul lagi, ia telah mendapat halalan dari ahli waris pemilik kurma itu. Diri dan jiwa Ibrahim kini telah bersih kembali dari kotoran sebutir kurma yang haram karena masih milik orang lain. Sekarang ia sudah bebas. Apabila anda mempunyai teman atau saudara yang anda sayangi forward-lah e-mail ini. Oleh sebab itu berhati-hatilah dgn makanan yg masuk ke tubuh. Allahua'lam. Wassalam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.: Tentangku :.

My photo
Dilahirkan di Hospital Universiti Kuala Lumpur, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal di Sek. Kebangsaan Bandar Baru Sungai Buloh. Kemudian pada tahun 1997 berpindah ke Shah Alam dan menyambung pendidikan awal di Sek. Keb. Seksyen 6(2) kini dikenali sebagai SK Bandar Anggerik, Seksyen 6, Shah Alam. Kemudian menyambung di peringkat menengah di Sek Men Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2, Shah Alam sehingga tingkatan 3. Kemudian beliau mendaftar sebagai pelajar di Sek Men Teknik Shah Alam di tingkatan 4 pada tahun 2003 sebagai pelajar teknik iaitu pelajar yang mengambil jurusan Kejuruteraan Mekanikal dan beliau menamatkan persekolahan di tingkatan 5 pada tahun 2004. Pada Julai 2005 beliau mendaftar di Politeknik Shah Alam sebagai pelajar dan mengambil jurusan yang sama iaitu Sijil Kejuruteraan Mekanikal selama 2 tahun. Selepas menamatkan pelajaran di peringkat sijil pada tahun 2007 dengan mendapat CGPA 3.16, beliau melanjutkan pelajaran di peringakat Diploma Kejuruteraan Mekanikal pada tahun 2008 selama 2 tahun dan masih lagi di Universiti Tun Hussein Onn Malaysia buat masa ini.